Google
 

Jenis - Jenis Prospek yang Berminat

ni saya nak kongsi sikit la pengalaman saya sebagai agent MyMode nie. Kekadang ramai yang kita dengar agent-agent baru merungut sebab tak dapat downline. Sebenarnya kita kena paham... pelanggan kita ada bermacam-macam ragam. Jenis-jenis prospek yang kita akan jumpa akan saya senaraikan di bawah nie.

1) Jenis nak tahu keseluruhan perjalanan sistem MyMode.


Ini jenis nak tahu semua, siap tanya itu ini begitu begini. Kita siap kena hantar guideline dulu suruh dia baca. Lepas dia baca tu belum tentu dia masuk, jadi harapan kita jangan terlalu berharap untuk dapat seorang downline lagi. Kalau tidak dah tentu kita akan rasa tertekan. Tapi kemungkinan dia akan join boleh dikatakan 50%.

2) Jenis prospek yang suka bertanya je tapi taknak baca tutorial dan guideline yang kita kirim suruh baca.

Jenis nie lagi parah, semua perjalanan sistem dia nak kita terangkan secara berchating atau secara berdepan. Jenis nie jenis manusia nak cepat tahu je... baca dia taknak. Pening gak kalau jumpa cam ginie... tapi jenis nie ada yang kita cerita sikit terkena pulak dengan apa yang dia nak terus je dia masuk tanpa perlu cerita detail yang lain. Lepas tu parah le kita asyik jawab SMS dia tanya itu ini sampaikan nak topup sendiri pun tak tahu... Hehehe...!!

3) Jenis takut tetapi dalam masa yang sama dia sendiri yakin dengan keuntungan bila jadi agent.

Jenis nie selalu la kita jumpa. Dia orang nie kebanyakannya dari golongan memember yang kurang arif sikit bab-bab bisnes dalam inernet nie. Lebih banyak risaunya dari yakin. Tanya... tanya... tanya... masuk idak jugak. Tapi tak mustahil dia akan masuk tapi kena ader cara. Bukti yang kita kena tunjukkan kena la kukuh sikit contohnya tunjukkan bonus-bonus yang telah kita dapat atau tunjukkan cara-cara sekali camner kita leh berjaya. InsyaAllah lelama dia akan terima dan percaya. Prospek jenis nie kena ambil masa jugak nak pujuk. Kalau kita tak sabar... takde la jawabnya.

4) Jenis ego tak bertempat.

Jenis nie cukup payah. Lain yang kita promote lain pulak yang dia cakap. Selalunya prospek nie jenis kekawan terdekat yang rasa tertinggal ke belakang dan rasa kurang puas hati dengan kejayaan kita. Tapi jenis prospek nie tak mustahil dia juga akan join dalam agent MyMode tapi besar kemungkinan bukan under kita tetapi dia lebih rela masuk under orang yang dia sendiri tidak kenal. Selalunya kita yang jadi mangsa jawab itu ini dengan harapan dia jadi downline kita... last-last dia masuk bawah orang lain.

5) Jenis join kerana kehendak sendiri.

Jenis nie takyah nak citer pepanjang la kot. Selalunya jenis nie dia akan carik kita setelah dia tahu kita mendapat keuntungan dalam menjadi agent. Dia juga ingin turut serta. Senang kalau jumpa cam ginie. Kasi je nombor akaun bank.. tup tup terus je dia kata dah masukkan duit pendaftaran... terus je kita daftar dia jadi ahli. Tapi kita takleh tinggal terus dia sorang-sorang buat hal sendiri... kena gak hantar itu ini sebagai tutorial dan motivasi untuk dia terus maju. Prospek jenis nie dia sanggup abaikan terus bisnes nie kalau dia rasa tak menguntungkan di kemudian hari.

6) Jenis join kerana segan silu dengan pelawaan kita.

Jenis nie kena bebetul la kasi tutorial, pamplate apa semua. Tapi kebarangkalian dia akan terus menjadi agent yang berjaya kurang sikit. Dia akan join mungkin cuma untuk kegunaan sendiri je. Kalau ader kekawan dia nak joinpun sesilap dia suruh kita uruskan untuk daftar di bawah dia. Tapi jenis nie ramai jugak yang berjaya jika kita follow up setiap minggu. Prospek jenis nie kau orang jangan tinggal la... bela dia elo-elok... potensi dia tak menentu... kekadang lagi hebat dari kita.

* Semua artikel diatas adalah ihsan daripada salah seorang agen Mymode dari Forum Prepaid4u.net

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

0 comments: